Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke
sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1
kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana
ada tugasan yang diberi sebegitu – maklumlah sekolah pun di kawasan
pedalaman). Sabarlah cikgu…
Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum
memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta
agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari.
Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan
meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya
tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar
bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah
cikgu…
Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran
Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan
tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab
mereka “Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool,
kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas”.
Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik
ke kelas. Sabarlah cikgu…
Cikgu mengajar di hadapan, anak murid
bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila
ditanya “Mana kerja rumah?”. Dijawab pula “Lupa cikgu” (padahal di rumah
begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah
pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu
belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun
meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi
apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.
Cikgu
pun bertanya, “Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu
ulang lagi”. Anak murid pun menjawab, “Faham cikgu”. Tidak lama
kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana
beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah
anak murid yang berdiri dan menjadi ‘patung’ kerana tidak dapat
menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk
menjawab soalan. Sabarlah cikgu…
Lalu cikgu pun ingin membuat
ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya
menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula.
Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak
dapat menjawab soalan. Mereka menjawab “Tak tahu”, “Lupa”, “Jaga adik”.
Sabarlah cikgu..
Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan
pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu
bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya
kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan
kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa
hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum
sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak
murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka
pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan.
Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu…
Sesudah Habis Mengajar
Sebelah
petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi
di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang
ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah
faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah,
kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan
mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan
untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang
dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk
dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap
kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu.
Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi
orang yang berguna. Sabarlah cikgu…
Cikgu pun tidak kisah.. semasa
di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak
dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman –
Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan
kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia
rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud
di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah
terasa sangat sebenarnya. Sabarlah cikgu…
Cikgu pun pernah
mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila
cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan
buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan “terima kasih
cikgu”.
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak
didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu
perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz,
ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini…
Terima kasih saya ucapkan…
==coretcoret==
Sunday, 10 November 2013
Tegur isteri tanda sayang....=)
“Hidup berumah ini ini perlu ada seninya”, nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.
“Seni bagaimana tu Pak Cik?”, tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.
“Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan”, balasnya.
“Tak adalah Pak Cik, saya mengusik ja”.
“Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu”.
“ Seni bagaimana tu Pak Cik”.
“Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri”.
Menegur Isteri Suatu Cabaran
Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.
Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Fitrah Wanita Perlu Di Tegur
Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:
Sabda Nabi S.A.W:
Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.
Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.
Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.
Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.
Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, “cubit-cubit sayang”.
Bahana Suami Tidak Menegur
Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.
Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :
Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.
Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.
Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

Seni Dalam Menegur“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita.”(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.
Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.
Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.
Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.
Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan “kekuasaan” sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, “cubit-cubit sayang”.
Bahana Suami Tidak Menegur
Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.
Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :
Menegur Isteri Tanda Kasih SayangErtinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : “ Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)( Riwayat At-Tabrani)
Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.
Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.
Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.
Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.....=)
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;
Allah swt berfirman :
Bersabarlah
wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa
musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah
“Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah
kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?
Atau Bagaimana?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah swt berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)